Sunday, 11 December 2011

Gerhana Bulan DISEMBER 2011~~

Gerhana Bulan Penuh 
– 10 Disember 2011~~

Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda s.a.w terhadap fenomena yang berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya.. Baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu Petanda berlakunya Kiamat. 

Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat-cepat berlalu kerana jika Allah S.W.T mengkehendaki menahan/melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka Huru Haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat... itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah s.a.w melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat-cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dengan hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. Jika orang yang
meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yang penuh Huru Hara....

No comments:

Post a Comment