Thursday 8 December 2011

^^CARA RASULULLAH SAW MENJAGA KESIHATAN^^


Seperti yang kita sedia maklum, kesihatan itu amat penting dalam kehidupan seharian, bahkan kesihatan adalah salah satu medium yang boleh meningkatkan ketakwaan dan keimanan seseorang hamba kepada Allah S.W.T. Berikut adalah antara amalan Nabi Muhamamad S.A.W yang sebolehnya dipraktikal oleh kita sebagai umat Islam :

1. BANGUN SEBELUM SUBUH 
 Rasulullah S.A.W mengajak umatnya untuk bangun sebelum waktu Subuh bagi melaksanakan solat sunat seperti solat sunat Tahajud dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini kerana terdapat hikmah yang besar. Antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara Subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuat akal fikiran.

Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh , maka ia berada dalam jaminan ALLAH S.W.T. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan ALLAH S.W.T dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka" - Riwayat Muslim

2. MENJAGA KEBERSIHAN 
Rasulullah S.A.W sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat baginda akan mencuci rambut, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" - Riwayat Muslim.

3. TIDAK MAKAN BERLEBIHAN
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini kerana makan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan. Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda iaitu 1/3 untuk udara, air dan makanan. Malah umat Islam diwajibkan berpuasa pada Bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi juga selalu berpuasa sunat.

Nabi S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan ALLAH nescaya ALLAH akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun" - Riwayat Bukhari

Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu kenyang (tidak sampai kekenyangan) - Muttafaq Alaih.

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Berjalan kaki merupakan senaman yang mudah, murah dan selamat untuk melakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Rasulullah S.A.W juga gemar berjalan kaki ke masjid,pasar,medan jihad, dan mengunjungi rumah sahabat. Ini kerana dengan berjalan kaki,peluh akan mengalir,liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Malah, dengan berjalan kaki dapat mencengah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH
Marah merupakan sifat mazmumah yang dibenci oleh ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Perasaan marah yang gagal dikawal boleh menimbulkan sifat keji,dendam,dengki,sombong dan angkuh .
Terapi kawal sifat MARAH - Mengubah posisi ketika marah, amalkan membaca "Aku berlindung kepada ALLAH S.W.T daripada syaitan yang direjam"

Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api" - Riwayat Abu Daud

6. SIFAT PEMAAF
Pemaaf ialah sifat yang dituntut bagi mendapatkan ketenangan hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada belenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan menjadi sihat.

ALLAH S.W.T berfirman : "Jadilah engkau pemaaf! Dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh" - Al-A'raf : 199

~Jangan Lepaskan Peluang Menikmati hidangan istimewa bersama tersayang di D'impian Inn Kafe, Parit Raja Batu Pahat Johor...


No comments:

Post a Comment