Sunday 13 November 2011

~We CarE Our ChildReN~

Kem Anak Soleh 2011 is holiday camp that organised in conjuction of school holidays season and examination post. This programme specially created to fill the time of youth during their holidays, that face various challenges, which is very difficult to understood by parent. so, we had decided to built this camp for encourage our young generation to be a good person in their life and behaviour from day to day.



IN MALAY WORDS :-
Kem Anak Soleh 2011 adalah kem percutian yang dianjurkan bersempena musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan. Program ini dibentuk khusus bagi mengisi keperluan remaja semasa, yang berdepan pelbagai cabaran, yang sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), penghayatan agama, krisis nilai, serta pengurusan emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa hadapan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KEM ANAK SOLEH.
Kem Anak Soleh ini, adalah sebuah program bersifat residential selama 3 hari 2 malam, yang kami tawarkan khusus untuk anak-anak remaja berusia di antara 10 - 12 tahun. Program ini menggabungkan segala unsur pembelajaran membabitkan kuliah, latihan dalam kumpulan, permainan interaktif, aktiviti outdoor, serta slot-slot bicara hati ke hati, yang bukan sekadar menyampaikan mesej kepada peserta, malah membolehkan kami menyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsi pandangan secara lebih eksklusif kepada peserta KEM ANAK SOLEH ini.
Idea Tasawwur Islam yang segar, dinamik, kontemporari dan praktikal, akan disampaikan kepada remaja dalam bahasa remaja, bersama harapan agar proses untuk menjiwai dan mengamalkan hasil KEM ANAK SOLEH ini akan lebih mudah dan sesuai dengan pancaroba kehidupan mereka yang serba mencabar hari ini. Kami juga menawarkan ruang buat para peserta berdiskusi mengenai rancangan pelajaran dan kerjaya mereka dengan fasilitator jemputan yang berlatarkan pelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik.
DAFTAR SEKARANG!! 
HUBUNGI ATAU SMS 019-7778431 (PN ZAWIYAH) @ 019-4718615 (EN AKMAL)
*PELABURAN RM 200 HANYA UNTUK SEORANG

No comments:

Post a Comment